KATA-KATA HIKMAT

Tubuh badan kita adalah amanah yang Allah beri pada kita untuk dijaga sebaik mungkin. Tidak kiralah di mana pun kita berada, prinsip pemakanan sihat perlu sentiasa ada dalam diri. Jadilah seperti makhluk ikan yang diciptakan Allah, tidak berubah rasanya walaupun di lautan masin ataupun di sungai.

Monday, May 5, 2014

MAKANAN UNTUK SI MANJA


Biasanya ibu atau penjaga bayi akan berada dalam keadaan dilema apabila usia bayi menginjak ke enam bulan ke atas. Makanan apa yang boleh dimakan? Bagaimana penyediaan makanan tersebut?

Kebersihan dan kesegaran makanan merupakan asas yang penting bagi penyediaan makanan kepada bayi. Ini kerana sistem pertahanan badan bagi bayi masih belum kuat berbanding dengan orang dewasa. Perut mereka amat sensitif dengan kuman.



Kaedahnya ialah rebus atau stim untuk buah dan sayur.... Kalau rebus tu kena la satu persatu,gunakan air sikit je dan api pun kecik. Kalau stim boleh stim sekali sayur/buah....

Jom cuba masak sedap2 untuk si manja!!!


No comments:

Post a Comment