KATA-KATA HIKMAT

Tubuh badan kita adalah amanah yang Allah beri pada kita untuk dijaga sebaik mungkin. Tidak kiralah di mana pun kita berada, prinsip pemakanan sihat perlu sentiasa ada dalam diri. Jadilah seperti makhluk ikan yang diciptakan Allah, tidak berubah rasanya walaupun di lautan masin ataupun di sungai.

Monday, May 5, 2014

Inginkan Anak Bijak?

Setiap keluarga memang mengidamkan anak yang lahir itu membesar menjadi seorang yang bijak pandai, baik tingkah lakunya... Amalan yang perlu diamalkan bukan hanya selepas anak itu lahir, tetapi semuanya bermula dari rahim ibunya..

Berikut CD kongsikan beberapa petua untuk ibubapa :

1. Pemakanan.

        Setiap ibu yang hamil amat penting menjaga pemakanan yang diambil. Pengambilan makanan yang baik dapat membantu meningkatkan kesihatan si ibu dan menyalurkan zat-zat yang terbaik kepada bayi yang dikandung. 

Amalkan makan madu, kismis, kurma, buah delima, kekacang, susu segar, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  
Agak mustahil bagi ibu-ibu dapat mengambil semua jenis makanan mengikut nisbah kuantiti yang sepatuttnya. Oleh itu, si ibu perlu mengambil supplemen tambahan bagi menampung kekurangan kuantiti makanan tersebut.

Kekurangan zat boleh menyebabkan banyak masalah kepada bayi yang bakal dilahirkan. Ibu-ibu diharap tidak memandang remeh tentang hal ini.

2. Doa

Sentiasa berdoa. Doa Doa Doa.....
Doa ibu sangat mustajab. Setiap kata yang keluar dari mulut seorang ibu kepada anaknya adalah doa.



Selamat Beramal! :-)

No comments:

Post a Comment