KATA-KATA HIKMAT

Tubuh badan kita adalah amanah yang Allah beri pada kita untuk dijaga sebaik mungkin. Tidak kiralah di mana pun kita berada, prinsip pemakanan sihat perlu sentiasa ada dalam diri. Jadilah seperti makhluk ikan yang diciptakan Allah, tidak berubah rasanya walaupun di lautan masin ataupun di sungai.

Tuesday, May 13, 2014

RAMBUTKU SAYANG!

Rambut dikenali sebagai "Mahkota" seseorang. Rambut berperanan penting sebagai penentu rupa paras seseorang. Manusia dianugerahkan lebih kurang 100,000 helai rambut dan setiap hari lebih kurang 100 helai rambut akan gugur dan akan digantikan dengan rambut yang baru.

Bahagian Rambut :-

a) Folikel - berada dalam kulit, bilangan kekal dan akan berkurangan mengikut usia
b) Shaft (batang rambut) - bahagian luar

Setiap helai rambut terdiri dari 3 lapisan keratin di mana lapisan luar (kutikel) berfungsi untuk melindungi 2 lapisan dalam.

Rambut yang sihat akan kelihatan bersinar kerana lapisan kutikel berada dalam keadaan mendatar. Ini akan mengimbas cahaya dan juga memudahkan sebum mengalir untuk melembabkan rambut.

Rmbut akan memanjang 3-4 mm sehari iaitu lebih kurang 6 inci setahun.


MASALAH-MASALAH RAMBUT

1) Kelemumur (dandruff)

2) Rambut rapuh, pecah atau bercabang (hair breakage)

3) Rambut gugur



CARA MENGATASI MASALAH INI 

a) Gunakan syampu untuk rambut rosak dan gunakan perapi rambut

b) Jangan sikat rambut ketika basah dan gunakan sikat yang bersesuaian

c) Elakkan mengering rambut dengan alat pengering dalam keadaan terlalu basah dan pada suhu yang tinggi

d) Dapatkan perkhidmatan pendandan rambut profesional bagi meluruskan, mengerintingkan atau mewarnakan rambut.

e) Elok sekiranya hujung rambut dipotong sekiranya anda berambut panjang

f) Jumpa doktor sekiranya mengalami rambut rapuh tanpa sebab

g) Antara penyebab rambut gugur adalah penggunaan bahan kimia dan suhu tinggi untuk dandanan rambut serta masalah perubatan

h) Sekiranya rambut anda gugur berterusan setelah menjalani rawatan di salon atau anda mengalami botak kekal anda harus berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat

Sumber : Carian Google

Rambut adalah perhiasan yang amat penting bagi diri seseorang. Berikut CD mencadangkan kepada sesiapa yang mengalami masalah rambut, amalkan pemakanan rambut yang baik dan kebersihan luaran rambut.

Cadangan Set Vitamin Shaklee Untuk Rambut :

Zinc Complex + ESP + Vitalea @ Zinc Complex + ESP  





atau

Set Penjagaan Rambut Shaklee (Usah risau, ProSante adalah bebas kimia dan selamat untuk digunakan)



Suburkan Rambut Anda!

Rambut sihat bermula daripada akar rambut yang subur. Itulah sebabnya kenapa setiap produk ProSante mengandungi Scalp Health Complex iaitu gabungan 10 vitamin, mineral dan herba bagi menyediakan persekitaran optimum untuk rambut yang sihat, lebat dan menawan. Kami memilih bahan-bahan seperti ekstrak swertia dan halia untuk merangsang peredaran darah dan membekalkan tenaga untuk folikel rambut; mineral kulit yang pentingseperti kuprum, zink, mangan seperti vitamin A dan E untuk membantu metabolisme kulit kepala yang sihat; dan minyak daun pokok teh serta ekstrak teh hijau utnuk menentang kerosakan radikal bebas dan faktor-faktor persekitaran lain. Dan istimewanya, anda juga tidak akan menemui sebarang bahan kimia kuat yang boleh merosakkan rambut dan juga kulit kepala anda dalam rangkaian produk penjagaan rambut kami ini.


SAYANGI MAHKOTA ANDA


Hubungi saya : 
Norsahura Abd Ghafar
012-4966348


"KESIHATAN ADALAH KEKAYAAN"



Rawatan Untuk Si Kecil Yang Batuk

Batuk membuatkan anak tidak selesa. Ia mengurangkan nafsu makan dan menyebabkan anak kurang tidur. Sebagai ibu, ia tentu merisaukan anda dan bagi mengatasinya, lakukan rawatan ini ketika si kecil batuk.

BATUK BERKAHAK

Jika batuknya berkahak, telungkupkan anak di pangkuan. Kemudian tepuk-tepuk belakangnya agar kahaknya segera keluar. Jangan berikan ubat-ubatan yan g menyekat batuk kerana ia meningkatkan risiko jangkitan jika kahaknya tidak keluar.



BATUK MALAM


Jika anak batuk pada malam hari, baringkan dia dengan bantal yang tinggi sehingga kepala dan bahunya tersandar pada bantal. Kedudukan ini menghindari cecair dari hidung turun ke tekak sehingga bahagian belakang belakang tekak hingga menyebabkan batuk.



TEKAK GATAL 


Bagi melegakan tekak gatal, berikan air limau panas yang diletakkan sedikit madu. Minta anak meminum banyak air agar kahaknya cair dan mudah keluar.





BATUK HINGGA SUKAR BERNAFAS

Jika batuknya berbunyi keras, bantu anak bernafas lebih lega dengan melakukan pengewapan sekitar 20 minit. Ia boleh dilakukan dengan air panas di besen atau membuka air panas di tab mandi sehingga bilik mandi penuh dengan wap air panas. (Dilarang untuk bayi 1 tahun ke bawah)


BILA HARUS BERTEMU DOKTOR?

  • Batuk tidak reda setelah tiga hingga empat hari
  • Tidur malam terganggu
  • Terdapat benda asing di tekak yang tidak boleh dikeluarkan walaupun dengan batuk-batuk yang kuat
  • Batuk disertai bunyi desah
  • Batuk berdarah
  • Mengalami kesukaran bernafas sehingga bibir, wajah dan lidah berwarna biru   
Sumber : Hasil bacaan, Gambar Google

Bagi Set Cadangan Untuk Kesihatan Si Manja Shaklee, CD mencadangkan supplemen berikut : 

a) Omega Guard

  • meningkatkan sistem imunisasi kanak-kanak - Omega 3 ini bersifat panas jadi apabila dimakan automatik memberi kesan panas dalam badan
  • mengurangkan serangan athma - Omega 3 ini mempunyai sifat anti radang dan anti inflamasi
  • membantu dalam perkembangan otak kanak-kanak - menurut kajian, pengambilan Omega 3 pada peringkat awal oleh kanak-kanak menjadikan otaknya lebih cerdas 
  • Omega-3 dapat membantu mengelakkan mendapat penyakit eczema 
  • membantu meningkatkan fokus kanak-kanak semasa belajar - anak lebih cergas dan aktif

b) Chewable Vitamin C




  • Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
  • Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
  • Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
  • Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan

c) Mealshakes




  • Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
  • Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
  • Rendak lemak dan rendah glisemik
  • Sumber protein dan kalsium
  • Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur
  • sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak tetatpi... Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan, Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang, Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil dan Warga tua

ANAK PERMATA HATI YANG TIDAK BOLEH DITUKAR GANTI
LINDUNGILAH ANAK ANDA
BERI YANG TERBAIK UNTUK SI MANJA!

Hubungi saya : 
Norsahura Abd Ghafar
012-4966348


"KESIHATAN ADALAH KEKAYAAN"


    Friday, May 9, 2014

    CARA PENGAMBILAN VITAMIN

    Selalu kita terfikir, masa bila yang sesuai kita ambil vitamin?

    Adakah semua vitamin kita perlu ambil selepas makan? Adakah diambil sebelum makan?

    Mari rujuk panduan berikut :

    VITAMIN LARUT AIR (B & C)
    ---- Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak

    VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E & K)
    ----  Vitamin ini memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak

    OSTEMATRIX (KALSIUM)
    ---- Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.

    LECITHIN
    ---- Diambil bersama vitamin larut lemak yang lain.

    IRON
    ---- Diambil bersama Vitamin C kerana Iron memerlukan Vitamin C untuk memudahkan penyerapan

    ZINC
    ---- Perlu diambil bersama makanan. Kurang makan, akan menyebabkan loya. Boleh diambil sebelum makan.

    Peringatan !!! MINUM AIR PUTIH 2-3 LITER SEHARI

    Apa yang tidak digalakkan?

    **** Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa

    **** Kalsium + Zat Besi (Iron) - Kalsium menghalang penyerapan zat besi (iron). Elakkan pengambilan Vita-Lea bersama Ostematrix

    **** Alfalfa dan GLA Complex - GLA Complex mempunyai Vitamin E

    **** Vitamins + Kafein - Kafein akan mengurangkan keberkesanan penyerapan vitamin

    **** Elakkan pengambilan multivitamin yang mempunyai zat besi (iron) bersama minuman tenusu

    **** Pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.


    Hubungi saya : 
    Norsahura Abd Ghafar
    012-4966348


    "KESIHATAN ADALAH KEKAYAAN"


    PULIHKAN HATI SEBELUM MATI

    Setiap orang yang dilahirkan memiliki hati yang sihat. Dengan hati itulah mereka dapat hidup dengan baik dan sihat. Namun, kadang-kadang manusia tidak tahu menjaga pemakanan hingga akhirnya diserang pelbagai penyakit.

    Lebih bahaya sekiranya, penyakit itu berpunca daripada penyakit hati. Lazimnya mereka yang menghidapi penyakit berkaitan hati sukar diubati. Oleh sebab itu, islam menganjurkan umat hidup secara sihat dan mengamalkan makanan yang halal lagi baik.

     
    Selain itu, manusia juga memiliki hati yang tidak dapat dilihat oleh mata zahir. Itulah hati yang bukan sahaja boleh sakit, malah mati. Namun, hati yang sakit itu masih boleh dipulihkan.

    Hati boleh rosak. Sekurang-kurangya ada 3 komponen dalam diri yang sering diabaikan oleh manusia dan akan menyebabkan rosaknya hati :-
    Anggota Sujud

    Lidah

     Hati

    10 TANDA HATI MATI

    1) Kita mengaku kenal dan cinta Allah, tetapi tidak menunaikan hak-Nya

    2) Kita mengaku cintakan Rasulullah tetapi mengabaikan sunnah baginda

    3) Kita membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya

    4) Kita memakan nikmat Allah, tetapi tidak mensyukuri pemberian-Nya

    5) Kita mengaku musuh adalah syaitan, tetapi kita masih mengikutinya

    6) Kita mangakui nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya. 

    7) Kita mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha menjauhinya

    8) Kita mengakui bahawa kematian akan datang pada setiap jiwa, tetapi tidak berusaha mempersiapkan 
    bekalan.

    9) Kita sibuk membuka aib orang lain, tetapi tidak pernah ingat akan aib diri sendiri

    10) Kita menghantar dan menguburkan jenazah tetapi tidak mengambil hikmah daripadanya

    -----Bersihkanlah hati. Hati perlu dibersihkan sebelum menjadi keras. Apabila  hati keras,kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasai lagi. --------

    Imam Hasan al-Basri pernah mengajarkan teknik-teknik semak kesihatan hati.

           " Rasakanlah kemanisan dalam tiga perkara; ketika melakukan solat, membaca al-Quran dan berzikir. Jika engkau merasakannya, maka bergembiralah. Namun jika kau tidak merasakannya, maka ketahuilah bahawa pintu hatimu telah tertutup."

    Sama-samalah kita tingkatkan amalan kita....

    ----------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Bagi penyakit hati secara zahirnya, di sini CD boleh bantu mengesyorkan Set Detox Hati Shaklee

    Apa fungsi hati?
    Tugas hati adalah untuk mengawal metabolisme badan, menghasilkan protein, menyimpan vitamin dan zat besi, dan juga pembuang toksin dalam badan. Sekiranya, hati tidak dapat berfungsi dengan baik, ini akan mengakibatkan kematian.

    Bagaimana anda tahu anda mempunyai masalah hati?

    1) Mempunyai masalah kulit - apabila toksin berkumpul dalam darah cuba keluar melalui kulit seperti jerawat

    2) Penyakit kuning 

    3) Sering berasa loya dan nak muntah

    4) Sakit perut di bahagian atas abdomen kanan

    5) Sering letih, lemah dan kurang berat badan.

    Cadangan CD :

    DTX Complex :- membantu membaiki fungsi hati dengan melindungi hati dan menggalakkan pertumbuhan sel hati


    Garlic :- membantu meningkatkan oksigen selular dan membaik pulih semput/sesak nafas


    Alfalfa :- perlu untuk detoksifikasi dan anti-radang


    Lecithin :- membantu untuk mencegah terjadinya "fatty liver"



    Belailah hati kita dengan penuh kasih sayang

    Hati yang lahir ibarat kain putih, lindungilah ia, jagailah ia....Hati tempat yang terpenting secara zahir mahupun secara tidak dapat dilihat oleh mata kasar...kedua-dua keadaan hati amat penting untuk dijaga...


    Hubungi saya : 
    Norsahura Abd Ghafar
    012-4966348


    "KESIHATAN ADALAH KEKAYAAN"


     







    Tuesday, May 6, 2014

    GASTRIK OH GASTRIK

    APA PUNCA GASTRIK NI??

    Kita selalu dengar orang selalu sakit gastrik...sebenarnya apa puncanya? CD pun selalu jugak mengalami simptom-simptom gastrik ni...

    " Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Apabila amalan ini diteruskan untuk tempuh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempuh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.
    Tempuh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka."

    Alamak..... CD selalu tak tetap waktu makan.. terutama makan tengahari yang dibawa makan petang...huhu...

    APA TANDA-TANDA GASTRIK NI EK??? 

    ------->> Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
    ------->> Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
    ------->> Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
    ------->> Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal
    ------->> Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
    ------->>  Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut


    OOO...sampai boleh muntah-muntah keluar darah bagai....kronik tu....Ehmm...jangan pandang remeh tentang gastrik ni...
    Lama-kelamaan boleh jadi ulser perut...

    JOM KITA TENGOK PULAK BAGAIMANA KITA BOLEH MENCEGAH GASTRIK NI DARIPADA TERJADI??

    Nombor satu :--- disiplin waktu makan...maksudnya waktu makan tengahari pukul berapa..waktu makan malam pukul berapa

    Nombor dua :--- pastikan selepas makan tengahari dan makan malam, kita minum air suam...bukan air manis atau air batu...dan minum sesudah makan bukannya berulamkan minum... (yang ni selalu kena amalkan....)

    Nombor tiga :--- elakkan makan junk food, jeruk kering dan mee segera ... (kalao teringin..makan sikit tak pe kot...huhu)

    Nombor empat :--- elakkan makan terlalu kenyang, cuka, masakan pedas, minuman bergas...

    KAT SINI, CD NAK CADANGKAN SET SHAKLEE UNTUK ORANG YANG SELALU ALAMI GASTRIK...
    Kita ikhtiar dan usaha...

    ESP :- membantu mengurangkan keasidan dalam perut disebabkan jus gastrik memandangkan ESP ini bersifat alkali. ESP juga mengandungi 20 jenis asid amino digunakan untuk membina sel dan tisu baru bagi dinding perut.

    OSTEMATRIX :- Kalsium juga bersifat alkali yang juga membantu mengurangkan keasidan dalam perut. Sebab itu, kebiasaannya kita disuruh minum susu untuk mengurangkan sakit gastrik. 
    PEPPERMINT GINGER PLUS :- membantu pencernaan dengan merangsang pengaliran ceccair pencernaan semulajadi. Bahan-bahan herba yang terkandung memberi rasa nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. (kadang tu kita minum teh halia untuk keluarkan angin dari badan)

    B-COMPLEX :- berkhasiat bagi melegakan stress dan secara tidak langsung melegakan kesakitan. (kadangkala pesakit gastrik suka ambil ubat tahan sakit yang mempunyai kesan sampingan, sangat berbahaya!)

    Ini full set, sekiranya anda mempunyai bajet tertentu boleh juga ambil kombinasi berikut:

    a) ESP + OSTEMATRIX + PEPPERMINT GINGER PLUS
    b) OSTEMATRIX + B-COMPLEX


    Hubungi saya : 
    Norsahura Abd Ghafar
    012-4966348


    "KESIHATAN ADALAH KEKAYAAN"


    Monday, May 5, 2014

    6 teka-teki Imam Al-Ghazali wajar jadi panduan

    Banyak pengajaran di sebalik jawapan diberikan ulama terkenal

    Teka-teki adalah permainan yang sangat menarik. Mengimbau zaman kanak-kanak, kerap kali juga mengajukan soalan teka-teki antara satu sama lain dengan rakan sekelas sehingga ketawa terbahak-bahak.

    Ini kerana pelbagai jawapan yang diberi walaupun ada kala tiada kaitan langsung dengan teka-teki itu sangat mencuit hati. Benar kata orang, teka-teki jawapannya ada kala tidak terlintas di benak fikiran dan tidak logik tetapi ketepatannya sesuai dengan soalan.

    Kini, teka-teki bukan lagi menjadi permainan atau perkara yang dilakukan pada masa terluang bersama teman, tetapi dijadikan bahan bualan juruhebah di radio bagi menarik perhatian pendengar.

    Teka-teki dalam pembelajaran

    Manfaatnya begitu meluas sehinggakan sesetengah guru menggunakan pendekatan teka-teki di dalam pembelajaran bagi mengelak pelajar mengantuk atau bosan dengan cara pembelajaran yang sama setiap hari.

    Tambahan pula, teka-teki sedikit sebanyak dapat menghilangkan tekanan selain dapat meningkatkan kecerdasan minda. Kita akan berusaha sedaya upaya memikirkan apakah jawapan yang tepat dan cuba menjawab dengan pantas. Jawapan teka-teki sedikit rumit dan berputar belit.
    Melihat dari perspektif Islam sendiri, ada banyak kebaikan teka-teki dalam kehidupan kerana dapat memberi maklumat baru. Oleh itu, keunikan teka-teki boleh digunakan untuk mengajukan soalan yang mengingatkan kita kepada Allah SWT dan mempunyai unsur yang baik.

    Enam teka-teki yang ditanya oleh Imam Al-Ghazali kepada anak muridnya boleh juga dijadikan soalan untuk kita menjawabnya.

    PERTAMA
    Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab, orang tua, guru, kawan dan sahabat.

    Imam Al-Ghazali berkata, semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan paling tepat sekali bagi soalan itu ialah mati.
     

    KEDUA
     
     Kedua, beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab, negara China, bulan, matahari dan bintang. Imam Al-Ghazali menegaskan, semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah masa lalu.

    Walau dengan apa cara sekali pun, kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh itu, kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh supaya tidak sesal di kemudian hari nanti.








    KETIGA

    Ketiga, beliau bertanya apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab, gunung, bumi, matahari. Imam Al-Ghazali berkata, semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah nafsu Kita mesti berhati-hati dengan nafsu, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam.




    KEEMPAT

    Keempat, Imam Al-Ghazali bertanya mengenai benda paling berat di dunia lalu muridnya menjawab, besi dan gajah. Imam Al-Ghazali mengatakan, semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah menanggung amanah. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah di bumi.

    Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian serta kedegilan mereka mengikut lunas yang telah ditetapkan syarak. 


    KELIMA

    Soalan kelima, Imam Al-Ghazali bertanyakan apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab, kapas, angin, debu dan awan. Imam Al-Ghazali menyatakan semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah meninggalkan solat kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.  




    KEENAM

    Keenam, beliau bertanya benda yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab, pedang. Imam Al-Ghazali mengatakan jawapan itu betul, tetapi yang paling betul ialah lidah manusia.
    Disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan serta perpecahan. 



    TEKA-TEKI PENUH BERMAKNA....
      
    Sumber: Berita Harian

    MAKANAN UNTUK SI MANJA


    Biasanya ibu atau penjaga bayi akan berada dalam keadaan dilema apabila usia bayi menginjak ke enam bulan ke atas. Makanan apa yang boleh dimakan? Bagaimana penyediaan makanan tersebut?

    Kebersihan dan kesegaran makanan merupakan asas yang penting bagi penyediaan makanan kepada bayi. Ini kerana sistem pertahanan badan bagi bayi masih belum kuat berbanding dengan orang dewasa. Perut mereka amat sensitif dengan kuman.



    Kaedahnya ialah rebus atau stim untuk buah dan sayur.... Kalau rebus tu kena la satu persatu,gunakan air sikit je dan api pun kecik. Kalau stim boleh stim sekali sayur/buah....

    Jom cuba masak sedap2 untuk si manja!!!


    MEAL SHAKES FRENCH VANILLA

    Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
    •    Sarapan segera yang berkhasiat
    •    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
    •    Hidangan segera untuk para atlet
    •    Kudapan menarik pada bila-bila masa
    •    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

    Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

    Siapa yang perlu Meal Shakes?

    ----------> bayi bermula 1 tahun ke atas
    ------> semua kanak-kanak terutamanya yang kurang selera makan,yang selalu sembelit, yang obesiti
    --------------> ibu-ibu mengandung atau menyusu yang mengalami alahan, yang tidak gemar supplemen dalam bentuk tablet
    ----> pesakit-pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan
    -------------> warga tua
    --------> untuk mereka yang ingin menambah atau memantau berat badan




    Hubungi saya : 
    Norsahura Abd Ghafar
    012-4966348


    "KESIHATAN ADALAH KEKAYAAN"

    GET CLEAN WATER PITCHER

    MENJAGA KEBERSIHAN AIR

    65% hingga 70% badan manusia adalah air 
    75% daripada otak manusia adalah air

    97% air didunia adalah air laut (air masin)
    3% adalah air tawar dan daripada jumlah ini hanya 0.3% adalah air permukaan yang boleh digunakan untuk kegunaan manusia
    Manusia hanya boleh hidup tanpa air untuk 5 – 7 hari

    Dalam Keadaan Ini Bagaimana Kita Menjaga Sumber Kita?
    ---> Jangan membuang sampah ke sungai, tasik dan sumber air semulajadi yang lain. Pembuangan sampah ke parit dan longkang akan sampai ke sungai atau tasik juga.
    ---> Gunakan bahan pencuci yang mesra alam. Ini menggelakan kesan pencemaran kepada air.
    ---> Elakkan penggunaan baja kimia dan racun perosak. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam sungai menyebabkan pencemaran serta boleh menyebabkan keracunan.
    ---> Pembuangan bahan berminyak ke dalam longkang patut dielakkan, bahan-bahan ini akan sampai ke sungai juga. Minyak tidak terbiodegrasi dengan senang.
    ---> Pencemaran air boleh membunuh hidupan akuatik dan juga tumbuhan sekeliling.
    ---> Laporkan kepada pihak berkuasa tempatan jika aktiviti pembuangan haram atau pencemaran dijalankan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.
    ---> Pastikan air kumbahan dirawat sebelum dilepaskan ke dalam sungai. Bahan-bahan dalam kumbahan boleh menyebabkan air sungai sukar untuk dirawat untuk di minum.
    ---> Jalankan aktiviti dengan penduduk tempatan untuk menjaga kebersihan longkang, sungai, tasik atau sumber air yang lain.

    Walaupun penjagaan sumber air adalah penting, sebagai pengguna kita juga patut  menjimatkan pengunaan air yang dirawat. Penjimatan air dapat mengelakkan penggunaan kos yang tinggi untuk perawatan air.


    Apa yang anda dapat dengan 1 set kit permulaan GET CLEAN WATER PITCHER?

    - Pitcher (Jag) X 1 unit
    - Housing kit (yang berwarna hijau dan putih) X 1 set
    - Blok karbon filter X 4 unit
    **** 4 unit blok karbon ni tahan untuk setahun
    **** 1 blok karbon mampu tapis sehingga 80 kali tapisan lebih kurang 3-4 bulan untuk family 4-5 orang

    apa lagi yang anda dapat??

    --- air bersih dan selamat sebab dapat menyingkirkan kandungan plumbum dan bendasing
    --- jimat kos daripada membeli air mineral
    --- fungsi meter yang bijak yang menunjukkan bila filter perlu ditukar
    --- mudah dan ringkas pemasangannya
    --- penyelenggaraan yang minimum, boleh buat sendiri
    --- mudah alih, ringan untuk dibawa ke mana saja
    --- alat gantian yang murah dan berpatutan


    Hubungi saya : 
    Norsahura Abd Ghafar
    012-4966348


    "KESIHATAN ADALAH KEKAYAAN"

    Inginkan Anak Bijak?

    Setiap keluarga memang mengidamkan anak yang lahir itu membesar menjadi seorang yang bijak pandai, baik tingkah lakunya... Amalan yang perlu diamalkan bukan hanya selepas anak itu lahir, tetapi semuanya bermula dari rahim ibunya..

    Berikut CD kongsikan beberapa petua untuk ibubapa :

    1. Pemakanan.

            Setiap ibu yang hamil amat penting menjaga pemakanan yang diambil. Pengambilan makanan yang baik dapat membantu meningkatkan kesihatan si ibu dan menyalurkan zat-zat yang terbaik kepada bayi yang dikandung. 

    Amalkan makan madu, kismis, kurma, buah delima, kekacang, susu segar, buah-buahan dan sayur-sayuran.
      
    Agak mustahil bagi ibu-ibu dapat mengambil semua jenis makanan mengikut nisbah kuantiti yang sepatuttnya. Oleh itu, si ibu perlu mengambil supplemen tambahan bagi menampung kekurangan kuantiti makanan tersebut.

    Kekurangan zat boleh menyebabkan banyak masalah kepada bayi yang bakal dilahirkan. Ibu-ibu diharap tidak memandang remeh tentang hal ini.

    2. Doa

    Sentiasa berdoa. Doa Doa Doa.....
    Doa ibu sangat mustajab. Setiap kata yang keluar dari mulut seorang ibu kepada anaknya adalah doa.



    Selamat Beramal! :-)