KEPERLUAN
KALSIUM SEHARIAN
Kalsium adalah
sejenis mineral yang penting dan yang terbanyak berbanding mineral-mineral lain.
Ia sangat penting bagi pembentukan tulang dan gigi yang baik. Bagi mereka yang
sudah menopause (putus haid) pula, kalsium amat penting untuk mengekalkan
struktur tulang mereka.
Bagi kanak-kanak,
kekurangan kalsium menyebabkan suatu keadaan yang dipanggil rickets, manakala
di kalangan dewasa dipanggil osteomalacia.
Lain-lain fungsi
kalsium :
-
Fungsi saraf
yang baik (rasa gelisah, rasa sesemut atau kebas)
-
Fungsi otot
yang baik (kekejangan) seperti merawat kekejangan waktu malam
-
Proses pembekuan
darah
-
Kajian terkini
mendapati kalsium dapat membantu menghalang berlakunya tekanan darah tinggi
Berapa keperluan
kalsium seharian?
LELAKI
Umur (tahun)
|
Keperluan kalsium dalam mg
|
8 - 11
|
800
|
12 - 15
|
1200
|
16 - 18
|
1000
|
19 - 64
|
800
|
melebihi 64
|
800
|
PEREMPUAN
Umur (tahun)
|
Keperluan kalsium dalam mg
|
8 - 11
|
900
|
12 - 15
|
1000
|
16 - 18
|
800
|
19 - 54
|
800
|
melebihi 54
|
1000
|
Mengandung
|
1100
|
Menyusu bayi
|
1200
|
Wanita
memerlukan lebih kalsium berbanding lelaki.
Wanita Asia yang
mempunyai struktur badan yang kecil dan ketumpatan tulang yang rendah lebih
berisiko tinggi menghadapi osteoporosis.
Langkah-langkah
pencegahan dan pengawalan adalah lebih penting berbanding rawatan dalam
mengatasi masalah kereputan tulang.
Untuk penyerapan
kalsium ke dalam tulang yang maksimum, kalsium hendaklah diambil :
-
Bersama-sama
Vitamin D
-
Bersama-sama
Magnesium. Pengambilan magnesium yang tidak selari bersama-sama kalsium akan
menyebabkan kalsium akan terkumpul di bahagian-bahagian otot, jantung dan buah
pinggang lalu akan menyebabkan masalah batu karang
-
Diambil
selepas makan
Untuk mempertingkatkan lagi penyerapan kalsium, makanan dan minuman ini hendaklah dijauhkan :
Untuk mempertingkatkan lagi penyerapan kalsium, makanan dan minuman ini hendaklah dijauhkan :
-
Pengambilan
daging, makanan yang tinggi dengan protein dan makanan yang berasid mempercepatkan
proses osteoporosis. Oleh itu, ia hendaklah dikurangkan terutamanya oleh mereka
yang berisiko tinggi mengalami osteoporosis.
-
Pengambilan
air berkafein dan alcohol mempercepatkan pengeluaran kalsium dari badan melalui
air kencing
-
Pengambilan
kalsium bersama-sama produk yang tinggi dengan lemak seperti coklat adalah
sangat tidak digalakkan. Oxalic acid yang terdapat di dalam coklat akan
bertindak balas dengan kalsium dan membentuk batu karang.
-
Pengambilan
cereal bersama kalsiummenghalang penyerapan kalsium yang effiens
-
Pengambilan
garam yang tinggi menyebabkan kalsium lebih banyak dikeluarkan dari system badan
kita
-
Penggunaan
ubat steroid seperti Prednisolone akan menyebabkan struktur tulang menjadi
lemah.
Kiraan hidangan
kalsium :
600mg kalsium
adalah bersamaan dengan –
** 3 gelas susu
**4.6kg daging
**15 biji telur
**70g cheese
**400g ais krim; atau
**2 cawan yogurt
Cadangan
Ostematrix
Ostematrix
(kandungannya : Kalsium, magnesium dan Vitamin D)
1 caplet = Kalsium 250mg, Magnesium 100mg, Vitamin D 100IU
Hubungi :
Norsahura bt Abd Ghafar
013-3513546
"KESIHATAN ADALAH KEKAYAAN"