KATA-KATA HIKMAT

Tubuh badan kita adalah amanah yang Allah beri pada kita untuk dijaga sebaik mungkin. Tidak kiralah di mana pun kita berada, prinsip pemakanan sihat perlu sentiasa ada dalam diri. Jadilah seperti makhluk ikan yang diciptakan Allah, tidak berubah rasanya walaupun di lautan masin ataupun di sungai.

Thursday, August 27, 2015

OSTEMARIX .... Bukan sekadar kalsium!

KEPERLUAN KALSIUM SEHARIAN

Kalsium adalah sejenis mineral yang penting dan yang terbanyak berbanding mineral-mineral lain. Ia sangat penting bagi pembentukan tulang dan gigi yang baik. Bagi mereka yang sudah menopause (putus haid) pula, kalsium amat penting untuk mengekalkan struktur tulang mereka.

Bagi kanak-kanak, kekurangan kalsium menyebabkan suatu keadaan yang dipanggil rickets, manakala di kalangan dewasa dipanggil osteomalacia.

Lain-lain fungsi kalsium :
-          Fungsi saraf yang baik (rasa gelisah, rasa sesemut atau kebas)
-          Fungsi otot yang baik (kekejangan) seperti merawat kekejangan waktu malam
-          Proses pembekuan darah
-          Kajian terkini mendapati kalsium dapat membantu menghalang berlakunya tekanan darah tinggi

Berapa keperluan kalsium seharian?

LELAKI

Umur (tahun)
Keperluan kalsium dalam mg
8 - 11
800
12 - 15
1200
16 - 18
1000
19 - 64
800
melebihi 64
800

PEREMPUAN

Umur (tahun)
Keperluan kalsium dalam mg
8 - 11
900
12 - 15
1000
16 - 18
800
19 - 54
800
melebihi 54
1000
Mengandung
1100
Menyusu bayi
1200


Wanita memerlukan lebih kalsium berbanding lelaki.

Wanita Asia yang mempunyai struktur badan yang kecil dan ketumpatan tulang yang rendah lebih berisiko tinggi menghadapi osteoporosis.

Langkah-langkah pencegahan dan pengawalan adalah lebih penting berbanding rawatan dalam mengatasi masalah kereputan tulang.

Untuk penyerapan kalsium ke dalam tulang yang maksimum, kalsium hendaklah diambil :

-          Bersama-sama Vitamin D
-          Bersama-sama Magnesium. Pengambilan magnesium yang tidak selari bersama-sama kalsium akan menyebabkan kalsium akan terkumpul di bahagian-bahagian otot, jantung dan buah pinggang lalu akan menyebabkan masalah batu karang
-          Diambil selepas makan

Untuk mempertingkatkan lagi penyerapan kalsium, makanan dan minuman ini hendaklah dijauhkan :

-          Pengambilan daging, makanan yang tinggi dengan protein dan makanan yang berasid mempercepatkan proses osteoporosis. Oleh itu, ia hendaklah dikurangkan terutamanya oleh mereka yang berisiko tinggi mengalami osteoporosis.
-          Pengambilan air berkafein dan alcohol mempercepatkan pengeluaran kalsium dari badan melalui air kencing
-          Pengambilan kalsium bersama-sama produk yang tinggi dengan lemak seperti coklat adalah sangat tidak digalakkan. Oxalic acid yang terdapat di dalam coklat akan bertindak balas dengan kalsium dan membentuk batu karang.
-          Pengambilan cereal bersama kalsiummenghalang penyerapan kalsium yang effiens
-          Pengambilan garam yang tinggi menyebabkan kalsium lebih banyak dikeluarkan dari system badan kita
-          Penggunaan ubat steroid seperti Prednisolone akan menyebabkan struktur tulang menjadi lemah.

Kiraan hidangan kalsium :

600mg kalsium adalah bersamaan dengan –

** 3 gelas susu
**4.6kg daging
**15 biji telur
**70g cheese
**400g  ais krim; atau
**2 cawan yogurt

Cadangan Ostematrix



Ostematrix (kandungannya : Kalsium, magnesium dan Vitamin D) 

1 caplet = Kalsium 250mg, Magnesium 100mg, Vitamin D 100IU


Hubungi :
Norsahura bt Abd Ghafar
013-3513546


"KESIHATAN ADALAH KEKAYAAN"